Powered by Blogger.

Sikap kebanyakan orang Melayu dalam perniagaan

Sikap kebanyakan orang Melayu dalam perniagaan

Satu2nya cara nak jadi kaya, jutawan atau billionaire adalah melalui perniagaan atau buat bisnes. Kat Malaysia pun, semua jutawan dan hartawan menjadi kaya raya melalui perniagaan. Kalau kerja makan gaji, sampai bila2 pun agak sukar nak jadi jutawan, mewah tu mungkin ya kalau gaji sebulan kau RM10K dan ke atas, tapi kalau nak jadi kaya, nak tak nak memang kena berniaga.


Mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Forbes, berikut adalah 50 orang yang paling kaya dalam Malaysia (data terakhir bulan Februari 2013):


Daripada 50 individu yang terkaya ini, 14 daripadanya sudah bertahap billionaire. Orang Cina menguasai ranking ini sebanyak 33 orang, orang Melayu 10 orang, orang India 6 dan lain2 seorang. Yang pasti, diorang semua ni kaya melalui bisnes dan perniagaan, bukan kerja makan gaji, bukan main bola, bukan MLM, bukan skim piramid cepat kaya.

Apa yang aku nak highlight kat sini bukan pasal 50 orang terkaya ni, tapi cuma sebuah persoalan, kenapa bilangan orang Melayu yang kaya jauh lebih sikit berbanding orang Cina yang kaya walaupun kaum majoriti di Malaysia adalah orang Melayu? Nak kata tak ramai orang Melayu yang berniaga, ramai jugak, tapi kenapa bisnes orang Cina nampak lebih maju dan mendatangkan untung berbanding bisnes orang Melayu?

Ini kerana semuanya berbalik kepada sikap. Ada satu sikap orang Cina yang orang Melayu kurang dalam perniagaan, iaitu mengutamakan "CUSTOMER SATISFACTION" atau KEPUASAN PELANGGAN. Walau tak semua peniaga Melayu macam tu, tapi kebanyakannya memang tidak mengendahkan faktor ini.


Ramai peniaga Melayu yang bila kau pergi masuk premis perniagaan dia, mereka buat tak tahu, endah tak endah, tak layan dan tegur kau sehinggalah kau tegur dia dulu, kadang2 muka kelat gila langsung tak senyum, bila tanya sepatah jawab sepatah, tak ramah dan macam2 lagi sampai kau rasa taubat la ini lah kali terakhir kau masuk kedai dia. Berbeza dengan kedai Cina, baru masuk je ko dah disapa dan disambut dengan senyuman, kalau ko tanya 1 dia jawab 10, dan kalau ko tak nak beli apa2 pun dia akan cakap "terima kasih, datang lagi".

Ada juga peniaga Melayu yang jenis peramah, ambil hati gila2, tapi itu cuma sebelum dapat suatu projek, siap tawar harga murah gila2, tapi lepas dapat je projek, buat kerja ala kadar asal siap, lepas tu bila ada problem call susah nak angkat dan tak jawab, hantar emel tak balas, janji nak buat preventive maintenance 4 kali setahun, datang sekali je lepas tu terus senyap. Ramai peniaga Melayu yang "AFTER SALES SUPPORT AND SERVICE" atauLAYANAN DAN KHIDMAT SOKONGAN SELEPAS JUALANNYA memang fail gila. Buat baik masa nak dapat bisnes je, bila dah dapat terus buat macam tahi, tapi tahu2 kereta dah keluar baru.



Sama juga macam kontraktor2 Melayu yang buat kerja2 renovation atau pembaikian rumah. Memang tak dinafikan harga yang mereka tawar lebih murah daripada kontraktor Cina, tapi asal nak start kerja mesti mintak duit dulu, selagi tak dapat duit kerja tak jalan. Kerja pulak selalu tak ikut jadual dan lambat. Kadang2 je nampak muka kat site, yang lain semua dia serah bulat2 kat pekerja2 Indonesia tanpa pengawasan sampai banyak benda yang tak ikut spesifikasi kita. Lepas tu bila duit tak cukup sebab tertawar murah, diorang akan start buat hal.

Beza dengan kontraktor Cina, bila dia dah siapkan sampai ke satu tahap dan kita dah puas hati, baru dia mintak duit. Kerja pun ikut jadual, teratur dan cepat, so kalau ko bayar mahal sikit pun takpe sebab ko rasa puas hati. Kontraktor tu pulak setiap hari lawat site dan check kerja2 pekerja mereka, kalau nak buat apa2 diorang akan tanya customer dulu. At least ko ada peace of mind, takdelah tiap2 hari kepala ko pening dan hati ko sakit.


Kalau kau pergi kedai Cina macam bengkel kereta, ko suruh dia buat sesuatu, memang lepas tu biasanya diorang rekomen macam2 suruh tukar itu, tukar ini, tapi at least dia bagitau apa benda yang rosak dan perlu ditukar, dan mereka pun akan suruh datang balik kalau ada problem. Kalau kedai Melayu, kau suruh buat A, dia buat A, buat B, dia buat B, which is baguslah dia tak rekomen macam2, duit pun save. Tapi nanti bila ada problem lagi, ko kena pergi lagi kedai, tukar yang lain pulak, ada problem lain pulak, ko kena pergi balik, sebab asalnya dia tak bagitau pun.

Itu belum cerita kedai2 Melayu yang kadang2 pukul 10 pun belum tentu bukak lagi. Aku pernah nak pergi bengkel cat kereta, pergi kedai Melayu pukul 11 baru bukak, aku tengok kedai cat kereta lain orang Cina punya yang sederet dengan kedai tu pukul 8.30 dah start bukak.


Sebenarnya ramai peniaga Melayu yang tak sedar pasal pengiklanan percuma yang paling efektif tanpa mereka perlu keluarkan satu sen pun untuk belanja pengiklanan, iaitu PEMASARAN MULUT KE MULUT atau "WORD OF MOUTH MARKETING" dengan testimoni yang baik dan recommendation daripada pelanggan. Kalau perniagaan kau bagus, beri layanan baik kepada pelanggan, pelanggan pun sangat puas hati dengan perkhidmatan kau, tanpa kita sedari para pelanggan ini secara tidak langsung akan promote dan recommend bisnes kita kepada kawan, kenalan dan keluarga mereka secara mulut ke mulut, melalui media sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan lain2, dan ini secara tidak langsung perniagaan kita akan bertambah maju dari masa ke semasa.



Namun jika sebaliknya perkhidmatan yang kita berikan sangat buruk, teruk dan tahi, secara tidak langsung juga ia akan jadi buah mulut pelanggan dan kalau kita fikir2 secara logiknya, rasa2nya mereka akan promote dan rekomen tak bisnes kita kepada orang lain? Mereka bukan sahaja tidak akan rekomen, malah akan cakap benda2 negatif seperti "janganlah pergi kedai dia, servis tak bagus" atau "jangan beli daripada dia, menipu je kerja". So dengan reputasi yang buruk, secara tak langsung bisnes kita akan semakin menurun sikit demi sedikit.


Macam kau bukak restoran atau kedai makan, kalau makanan2 kat kedai kau sangat sedap, harga pulak murah dan berpatutan, tengokla dalam beberapa hari je pelanggan kedai kau akan semakin bertambah, pelanggan yang pernah datang akan bawak kawan2 dia, kawan2 dia akan cerita kan kawan2 dia, kawan kepada kawan2 dia pulak akan promote kat kawan kepada kawan kepada kawan dia dan seterusnya, dan secara tak langsung kau akan dapat ramai pelanggan tetap dan yang baru.

Tapi kalau masakan2 kat kedai kau tu dah lah tak sedap, harga mahal pulak tu, rasa2nya pelanggan yang datang nak promote tak kat orang lain? Silap haribulan itulah kali pertama dan kali terakhir dia datang kedai kau, dan setiap hari kau akan dapat sikit pelanggan yang pertama kali datang kedai kau sebab dia tak tahu makanan kat kedai kau tak sedap tapi harga cekik darah. So rasa2nya berapa lama boleh bertahan kedai kau tu?


Aku tak kata semua peniaga Cina bagus, dan semua peniaga Melayu tu tak bagus, tapi realitinya kebanyakannya memang macam tu. Sebab tu aku dah agak serik dengan bisnes orang Melayu, bukan kerana tidak mahu tolong kaum sendiri, tapi kerana aku dah banyak kali terkena dan tak nak sakit hati. Aku hanya akan pergi kedai orang Melayu kalau orang tu aku betul2 kenal, kedai kawan aku atau kedai2 yang aku dah biasa pergi dan direkomen oleh kawan2 aku yang reputasinya bagus. Selain daripada tu, baik aku pergi kedai Cina.

Selagi ramai peniaga Melayu tak nak ubah sikap, selagi itu lah peniaga2 Melayu lain yang betul2 bagus, rajin dan mengutamakan serta menghargai pelanggan mereka akan terkena tempias, dan selagi itulah kaum2 Cina akan terus menguasai ekonomi negara kita, malah silap haribulan orang India yang kaya akan lebih ramai daripada orang Melayu yang kaya.

So ingatlah, dalam sebuah perniagaan, hanya kualiti produk yang anda jual dan kualiti perkhidmatan yang anda berikan yang akan bercakap untuk anda, bukan iklan, brochure, pamplet, banner, bukan faktor Melayu tolong Melayu dan lain2, terutama sekali kereta mewah dan duit2 yang korang tayang kat Facebook. Dan bagi aku juga dalam bisnes tiada istilah nak tolong Melayu, tolong Cina, tolong India, tolong sapa2, takde istilah "Buy Malay First, Buy Chinese Last". Dalam bisnes siapa yang dapat memberikan perkhidmatan paling baik dan paling dapat memuaskan hati pengguna serta pelanggan, maka dialah yang akan di depan.
0 Komentar untuk "Sikap kebanyakan orang Melayu dalam perniagaan"

Back To Top