Powered by Blogger.

Sumbangan semua rakyat Malaysia telah selamat tiba di Turki pada 15 September 2014

Disebalik segala kecaman yang diterima akibat menyuarakan isu ISIS, Syria Care tetap berusaha keras membantu rakyat Syria. Dan kepada pihak yang mengecam Syria Care, tanya pada diri anda, apa yang anda buat untuk membantu rakyat Syria atau anda menjadi penghalang kepada usaha-usaha membantu tanpa anda sedari.
Allahu akbar!

NGO Syria Care baru sahaja menerima berita gembira dari wakil kita di Turki. Sumbangan semua rakyat Malaysia telah selamat tiba di Turki pada 15 September 2014 untuk diagihkan buat semua umat Islam di Syria!

Alhamdulillah

Syukur yang tidak terhingga. Sebanyak 1,500 buah kotak yang berisi barangan keperluan bayi kini dalam proses pengagihan buat mangsa peperangan di Syria.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua kerjasama yang diberikan. Terutamanya buat NGO Emaar Sham, Palestine Reconstruction Team (PRT), Green Project , dan jutaan terima kasih buat semua sukarelawan yang terlibat.

Semoga segala sumbangan ini selamat sampai kepada mereka. Dan semoga segala amal kebaikan yang dilakukan oleh kita semua diterima oleh Allah swt.

Jangan lupa kongsikan berita gembira ini dengan rakan-rakan anda. Buktikan bahawa segala usaha dan pergorbanan kita yang dianggap remeh ini bukanlah sia-sia.

Takbirr!!
sumber: green project
0 Komentar untuk "Sumbangan semua rakyat Malaysia telah selamat tiba di Turki pada 15 September 2014"

Back To Top