Tapak sampah jadi dusun
CYBERJAYA - Sebuah tapak pembuangan sampah haram di Taman Arked, kini dijadikan dusun untuk dimanfaatkan komuniti setempat.
Timbalan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sepang, Muhammad Hafiz Shaari berkata, kewujudan dusun itu membuktikan keprihatinan penduduk untuk menghapuskan kawasan sampah haram selain memberi kesan yang baik kepada komuniti Taman Arked.
Menurutnya, kewujudan sebuah dusun itu bertujuan mempertingkatkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar di seluruh Negara dengan penglibatan semua lapisan masyarakat.
“Lebih menggembirakan, kebanyakan penduduk dilihat sangat mencintai alam sekitar terutama pokok-pokok hijau.
“Inisiatif kawasan itu dijadikan dusun kini menjadi penggerak kepada komuniti untuk lebih aktif dalam mewujudkan sebuah persekitaran yang sihat,” katanya ketika merasmikan Program Dusun Komuniti Taman Arked.
Muhammad Hafiz berkata, aktiviti ini juga merupakan salah satu usaha mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara taman.
Katanya lagi, program anjuran Local Agenda 21 MPSepang ini telah berkolaborasi dengan Persatuan Penduduk Taman Arked.
“Saya harap penduduk dapat kekalkan kesungguhan menjaga persekitaran dusun sekaligus tanaman buah-buahan dipelihara dengan baik.
“Kesungguhan komuniti adalah satu usaha yang perlu dicontohi oleh semua komuniti di kawasan MPSepang,” katanya.
Pada masa yang sama, pihaknya turut mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri 3 di Pekan Dengkil bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kawalan wabak denggi dan pameran Rancangan Tempatan Daerah Sepang serta cabutan bertuah.
Muhammad Hafiz memaklumkan penyertaan penduduk meningkat selain menerima 60 borang membabitkan pelbagai aduan.
Katanya melalui aduan tersebut kakitangannya boleh bergerak bagi memantau kawasan aduan agar tindakan segera dapat diambil.
“Kita juga telah mengedarkan Borang Kepuasan Pelanggan bagi menilai tahap kepuasan perkhidmatan MPSepang,” katanya.

0 Komentar untuk "Tapak sampah jadi dusun"