Powered by Blogger.

Topeng Ultraman


Topeng Ultraman




Haha! Yang ini lawak!... siap pakai seluar dalam jenama Renoma tutup muka tau pula rasa malu, masa buat jenayah tak ingat dunia.

Petaling Jaya: Perintah tahanan reman ke atas pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri bergelar datuk dan 12 kakitangan kastam pelbagai pangkat dilanjutkan selama lima hari lagi bermula esok.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid mengeluarkan perintah reman itu mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.
Tahanan terbabit adalah kumpulan kedua yang ditahan oleh SPRM berhubung sindiket yang membawa masuk rokok dan arak bermutu tinggi ke negara ini.

Semua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 32 hingga 57 tahun tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam jam 8.30 pagi hari ini sebelum dibawa keluar kira-kira 2 petang tadi, lapor Harian Metro.


0 Komentar untuk "Topeng Ultraman"

Back To Top