Powered by Blogger.

VIDEO: PENYAMPAI BERITA HISAP GANJA HINGGA ANAK JIRAN JATUH SAKIT



ALASKA: Seorang penyampai berita KTVA, Charlo Greene telah menyejutkan penonton dengan perletakan jawatan ketika siaran lansng berita tersebut.

"And as for this job, well, not that I have a choice but, f**k it, I quit." ─ katanya dalam siarang lansung berkenaan.

Menurut laporan, dia melakukan hal demikian bagi memperjuangkan usaha membenarkan penggunaan ganja, sebenarnya pernah menyebabkan seorang kanak-kanak jatuh sakit.

Budak berusia empat tahun itu, yang juga jirannya, sakit selepas Greene menghisap terlalu banyak ganja di rumahnya, hinggakan asap ganja itu memudaratkan budak tersebut.

Menurut jirannya yang juga bapa kanak-kanak tersebut, Tyler Gilbrech, Greene dan kekasihnya mula menjadikan apartmen mereka sebagai sarang menghisap ganja sejak kedua-duanya berpindah ke apartment tersebut pada bulan Jun lalu.

“Keadaan menjadi bertambah buruk hinggakan anak perempuan saya menjadi sakit akibat asap ganja tersebut.

“Saya kemudiannya membuat aduan kepada pengurus apartmen tetapi Greene meminta pengurus terbabit supaya tidak masuk campur hingga memaksa saya mengambil tindakan,’’ katanya.

Menurut Gilbrech, Greene sebaliknya mendakwa beliau yang mengganggu dia dan kekasihnya .

Susulan itu Gilbrech berkata, pasangan kekasih itu kemudiannya diperintahkan oleh mahkamah supaya menjauhi keluarga Gilbrech sekurang-kurangnya 20 kaki.


0 Komentar untuk "VIDEO: PENYAMPAI BERITA HISAP GANJA HINGGA ANAK JIRAN JATUH SAKIT"

Back To Top