11 motosikal dibakar di Taman Kapar Setia
Oleh Na'imah Mohamed
Klang: Sebanyak 11 motosikal musnah selepas dipercayai dibakar pihak tertentu di Taman Kapar Setia, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kebakaran dikatakan dimulakan sekumpulan lelaki yang kemudian menghilangkan diri.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.42 pagi dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan Kota Raja dihantar ke tempat kejadian.
"Jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 5 pagi dan usaha memadam api dijalankan oleh 11 pegawai dan anggota bomba.
"Jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 5 pagi dan usaha memadam api dijalankan oleh 11 pegawai dan anggota bomba.
"Kes diserah kepada pihak polis berikutan terdapat unsur jenayah," katanya.
0 Komentar untuk "11 motosikal dibakar di Taman Kapar Setia"