Giliran Sharnaaz Ahmad Nasihat Shila Amzah
Sekitar minggu lalu, kecoh dunia hiburan dek kontroversi Shila Amzah yang telah menempelak media melayu kerana tak hadir dan memberikan liputan untuk konsert sulungnya baru-baru ini.
Dek kerana itu, saban hari pasti ada saja berita yang keluar mengenai gadis ini. Tindakannya itu bukan sahaja memberi kesan terhadap keluarganya, malah aktor Sharnaaz Ahmad turut terkena tempias.
Kalau korang nak tahu, Sharnaaz mengakui bahawa ramai rakan media bertanyakan soal Shila kepadanya walaupun mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.
yalah, kami faham kenapa media bertanya, semua kerana kisah percintaan kontroversi mereka suatu ketika dulu. Namun, nampaknya Sharnaaz kini lebih matang dalam berbicara.
Malah, bila kami minta Sharnaaz ulas sedikit mengenai kontroversi ini, dia turut memberikan nasihat yang baik dan bernas buat Shila. Nak tahu apa Sharnaaz kata? Meh tengok sini :
Apa saya boleh cakap, satu sahaja, berbaik-baiklah. Kita ni sama-sama, saya pun dengan media tak ada masalah. Dia (selebriti dan media) saling memerlukan. Why not kita sama-sama saling membantu.
Macam apa yang dia cakap ada betul, apa yang media cakap pun betul. Selama ni media yang banyak cover dia di Malaysia sebelum dia ke China. Apa yang dia katakan pun ada betul dan salahnya juga. At least, kita bincang elok-eloklah. Sebab tu saya cakap bahaya laman sosial ni. Sebab orang akan salah anggap. So, why not kita jumpa berdepan, selesai elok-elok.
Saya sendiri mengaku dulu saya pernah buat salah. Kita manusia memang tak lari dari salah. Tapi, saya berani mengaku kesilapan saya.
Saya harap orang-orang yang melakukan kesilapan, berani mengaku kesilapan diorang dan berubah untuk kebaikan. Rendahkan ego, orang lagi respect dan sayang kita.
Hmmm, ada benarnya apa yang dikatakan Sharnaaz ni. Iyalah, selebriti dan media memang saling memerlukan. Kalau tak ada media, siapa yang akan membantu kerjaya artis kan. Begitulah sebaliknya.
Haa, let’s move on. Korang mesti nak tahu mengenai perkembangan percintaan Sharnaaz dan kekasihnya kan? Eleh, tak payah tipulah. Haha!
Semalam, sewaktu Tayangan Perdana Filem Dollah Superstar, Sharnaaz bawa sekali ‘kekasihnya’ tau! Sempat juga kami menemu bual si manis Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus ni.
Ehem! Comelkan ‘teman baik’ Sharnaaz ni. Hehe
Katanya, sepanjang mengenali aktor kacak ni, tidak sekalipun Sharnaaz mempamerkan sikap panas barannya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Bagi saya past is past, saya tak judge dia dari apa hubungan lepas. Dia langsung tak panas baran, biar apa orang nak cakap, pada saya dia bukan macam tu. Apa yang dia dengan saya sekarang, itulah yang saya kenal.
Dia senang didekati, saya tak suka dengan orang yang serius, dia bukan panas baran, totally salah. dia sangat opposite dari apa yang orang kata.
Haaa, sweet tak? Hehe. Kami pun suka melihat kebahagiaan Sharnaaz dan Anis walaupun masing-masing masih menganggap mereka sedang berkawan rapat.
Apapun, buat korang yang merindui lakonan Abang Jebat ni, tak lama lagi, Sharnaaz akan mulakan penggambaran drama Suamiku Encik Sotong. Eee.. tak sabar nak tunggu! Sebelum tu, mari ikut kami intai sikit aktiviti Sharnaaz nak? Jom kita layan dulu. Wooho!
0 Komentar untuk "Giliran Sharnaaz Ahmad Nasihat Shila Amzah"