LEBIH 3,000 PELURU, BOM PERANG DUNIA KEDUA DIMUSNAHKAN DI LABUAN
LABUAN: Sebanyak 3,243 butir peluru pelbagai saiz dan bom tangan yang dipercayai peninggalan zaman Perang Dunia Kedua yang tertanam di kawasan tapak pembinaan perumahan Taman Guan Huat Dua di Kampung Batu Arang di sini, dimusnahkan pagi tadi.
Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman, berkata bahan yang masih aktif itu ditemui pekerja ketika menjalankan kerja mengorek tanah Isnin lalu.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Labuan melaksanakan operasi menjejaki objek berkenaan selama dua hari.
Antara yang ditemui ialah 17 butir bom. - BERNAMA
0 Komentar untuk "LEBIH 3,000 PELURU, BOM PERANG DUNIA KEDUA DIMUSNAHKAN DI LABUAN"