Powered by Blogger.

Hancur Luluh Hati! Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Longkang

Hancur Luluh Hati! Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Longkang

Hancur Luluh Hati! Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Longkang

Kuala Lumpur : Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui di longkang berdekatan sebuah stesen minyak di Taman Wilayah, Jinjang, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mayat bayi berkenaan ditemui pekerja pemotong rumput sebelum memberitahu perkara itu kepada anggota polis rondaan bermotosikal sebelum dimaklumkan ke Balai Polis Jinjang.
 
Hancur Luluh Hati! Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Longkang
Hancur Luluh Hati! Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Longkang
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan, pegawai penyiasat bergegas ke lokasi berkenaan dan menemui mayat bayi berpakaian lengkap berusia beberapa minggu di dalam longkang.
Katanya, siasatan mendapati bayi lelaki berkenaan masih mempunyai tali pusat.
“Bayi berkenaan berpakaian baju dan seluar warna pink lengkap dengan sarung tangan dan sarung kaki.
“Mayat berkenaan tersangkut pada batu di tengah-tengah longkang dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya.
Sumber : Metro

Related Post:

0 Komentar untuk "Hancur Luluh Hati! Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Longkang"

Back To Top