KEDAI PERABOT DI JALAN GENTING KALNG MUSNAH TERBAKAR
KUALA LUMPUR – Sebuah kedai perabot di Jalan Genting Klang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira 11 pagi ini.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata kebakaran itu dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah secara terbuka di belakang bangunan tersebut, sebelum api merebak.
“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.21 pagi dan empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Setapak, Titiwangsa dan Hang Tuah tiba di lokasi pada kira-kira 11.50 pagi.
“Api berjaya dipadamkan pada 12.03 tengah hari tadi. Seratus peratus kedai itu hangus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketika kejadian, kedai itu ditutup berikutan hari minggu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian dianggarkan melebihi RM200,000. –BERNAMA
0 Komentar untuk "KEDAI PERABOT DI JALAN GENTING KALNG MUSNAH TERBAKAR"