LUAHAN PEMUDA TERHADAP GENERASI MUDA ZAMAN INI
Seorang pemuda, Aiman Nazirmuddin, meluahkan pandangan beliau terhadap generasi zaman ini yang dilihat sibuk dengan benda-benda yang kurang penting.
Di dalam statusnya di Facebook, Aiman ada menyatakan kegusarannya terhadap masa depan pemuda-pemudi zaman ini yang dilihat berlumba-lumba mencari siapa yang paling cantik. Dan yang lebih teruk lagi, perkara ini berlaku di banyak Universiti, tempat dimana pemimpin di lahirkan.
Ada benarnya apa yang dikatakan pemuda ini. Jika bakal-bakal pemimpin ini sibuk dengan hal-hal yang remeh-temeh, tidak mustahil dalam 20-30 tahun akan datang, negara akan ketandusan pemimpin muda.
Mungkin pengaruh dari media, terutamanya media dari barat antara punca perkara sebegini berlaku. Lihat saja pengaruh perkataan 'selfie' yang diperkenalkan beberapa tahun lepas oleh mereka ini... Berlambak-lambak gambar 'selfie' seksi dan lucah tersebaran di Internet, seolah-olah menghalalkan perkara tersebut.
Mungkin juga kerana terlalu 'selesa' di negera sendiri, mereka mudah terbuai dengan perkara-perkara sedemikian rupa.
Diharap agar penulisan Aiman Nazirmuddin sekurang-kurangnya menjadi 'eye-opener' kepada anak-anak muda yang bakal memimpin negara di masa hadapan. - SiakapKeli.com
0 Komentar untuk "LUAHAN PEMUDA TERHADAP GENERASI MUDA ZAMAN INI"