Nekad terjun laut elak ditangkap
MANJUNG - Seorang lelaki nekad terjun ke dalam laut selepas mencampakkan beg dipercayai berisi dadah untuk mengelak daripada dicekup polis, di sini.
Bagaimanapun, tindakan itu hanya sia-sia kerana dia berjaya ditangkap anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di Bagan Panchor, Pantai Remis kelmarin.
Menurutnya, ketika kejadian lelaki berkenaan berada di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.
“Berikutan itu, pihak polis segera membuat pemeriksaan lanjut terhadap lelaki itu. Hasil pemeriksaan itu, pihak kami menjumpai beberapa paket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis heroin seberat 19 gram.
“Ujian saringan air kencing turut dilakukan dan mendapati lelaki yang beralamat di Jinjang Utara Kuala Lumpur itu positif dadah jenis Morphine.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 39B akta dadah berbahaya 1952,” katanya.

0 Komentar untuk "Nekad terjun laut elak ditangkap"