OPERASI CARI REMAJA OKU DIKHUATIRI LEMAS DIPERLUAS
KEMAMAN – Gerakan mencari dan menyelamat seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Kalong di sini Isnin lalu diperluas hingga perairan Pahang.
Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahya Hanafi berkata pihaknya telah memperluaskan pencarian sehingga pantai Kerteh dan Cherating, Pahang.
“Sehingga hari ini usaha mengesan mangsa masih menemui jalan buntu namun kami tetap meneruskan pencarian,” katanya kepada Bernama.
Che Ku Mohd Fadzli Che Ku Mohd Yasin, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal itu dipercayai dihanyutkan ombak ketika berkelah bersama ibu dan lima adik-beradiknya. – BERNAMA
0 Komentar untuk "OPERASI CARI REMAJA OKU DIKHUATIRI LEMAS DIPERLUAS"