Powered by Blogger.

SSM MENEGASKAN TIDAK TERLIBAT PENIPUAN KUTIPAN YURAN CBP


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menegaskan pihaknya tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana ejen atau individu bagi mengutip yuran tambahan untuk penyediaan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

SSM, katanya, menerima laporan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama SSM bagi mendekati peniaga dengan meminta memindahkan sejumlah wang ke akaun individu tertentu.

“SSM hanya bertindak berlandaskan kuasa yang diperuntukkandan tidak pernah menganjur mahupun melantik pihak atau individu bagi tujuan mengumpul sebarang bayaran selain daripada yang diperuntukkan perundangan terbabit,” kata SSM dalam satu kenyataan hari ini.

SSM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak atau individu yang mengelirukan orang awam serta mencemar reputasi SSM selaku agensi kerajaan, katanya.

Untuk sebarang pertanyaan orang awam boleh menghubungi pusat panggilan SSM di talian 0377214000, e-mel di alamat enquiry@ssm.com.my, melayari laman sesawang SSM di www.ssm.com.my atau kunjungi kaunter SSM di seluruh negara. – BERNAMA
0 Komentar untuk "SSM MENEGASKAN TIDAK TERLIBAT PENIPUAN KUTIPAN YURAN CBP"

Back To Top