Powered by Blogger.

PEMBENTANGAN BAJET 2015 FOKUS SIDANG DEWAN RAKYAT 7 OKT



KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2015 akan menjadi fokus utama Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13 persidangan Dewan Rakyat bermula 7 Okt ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan bajet itu pada Jumaat, 10 Okt.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pembentangan bajet tersebut akan menjadi tumpuan utama selain pembentangan rang undang-undang (RUU) yang lazimnya boleh dikemukakan pada bila-bila masa.

Sesi Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 28 hari, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara lain yang akan menjadi usul atau fokus pada sidang kali ini. – BERNAMA
0 Komentar untuk "PEMBENTANGAN BAJET 2015 FOKUS SIDANG DEWAN RAKYAT 7 OKT"

Back To Top