Pos ular kapak dalam kotak hadiah
- Fakhrul Hatta (kiri) dan anggotanya menunjukkan bekas plastik mengandungi 12 ekor katak yang dipercayai dipos dari Taiwan dalam kotak hadiah pada sidang media semalam.
IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin merampas kotak hadiah mengandungi seekor ular kapak dan 12 ekor katak yang dikirimkan daripada luar negara.
Pegawai Perhilitan bergegas ke Pejabat Pos Besar Ipoh selepas dimaklumkan mengenai terdapat sebuah kotak mencurigakan yang dipercayai mengandungi haiwan liar.
Pengarahnya, Fakhrul Hatta Musa berkata, kotak yang dipercayai dihantar dari Taiwan itu dikirimkan kepada seorang lelaki yang tinggal di bandar raya ini.
“Dalam kotak terbabit ada tiga bekas plastik mengandungi seekor ular kapak dan 12 ekor katak jenis Bufolidea SERTA serangga yang mungkin dijadikan makanan kepada katak dan ular terseb
ut.“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat kerana bungkusan itu tidak sampai kepada penerima dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti individu terlibat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Perhilitan Perak di sini, semala
m.Fakhrul Hatta berkata, sindiket itu menggunakan kotak yang dibalut dengan kertas berwarna warni dengan tulisan ‘Selamat Hari Jadi’ untuk melepasi pemeriksaan dan mengaburi mata pihak berkuasa.
Beliau berkata, sindiket itu juga dipercayai cuba menyeludup haiwan liar ke negara ini atas permintaan untuk dipelihara sebelum dijual dengan harga tertentu.
“Ular kapak merupakan reptilia berbahaya dan penyeludupannya boleh dikenakan di bawah Akta perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 668).
“Ular dengan nama saintifiknya viperidae, besar kemungkinan diseludup untuk dijadikan haiwan peliharaan kepada individu terbabit atau dijual,” katanya.
Menurutnya, haiwan yang dirampas itu akan dikenal pasti habitat negara asalnya sebelum dilupuskan.
Katanya, haiwan dari negara lain tidak boleh dilepaskan di negara ini kerana dibimbangkan akan merosakkan ekosistem haiwan dalam hutan negara ini.
“Bagaimanapun, modus operandi penyeludupan haiwan liar sentiasa berubah dan sindiket terbabit sentiasa menggunakan pelbagai helah untuk mengaburi pihak berkuasa termasuk kes kali ini yang pertama kali dikesan guna bungkusan hadiah,” katanya.

0 Komentar untuk "Pos ular kapak dalam kotak hadiah"