Wanita parah diragut
IPOH – Seorang wanita parah dicederakan menggunakan pisau manakala beg tangannya yang mengandungi wang hasil perniagaan miliknya dilarikan di hadapan sebuah klinik di Jalan Besar Bercham di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, mangsa yang berusia 20-an duduk bersendirian di hadapan premisnya.
“Mangsa sedang menunggu pekerjanya untuk mengambil dan dihantar pulang ke rumah. Ketika kejadian, pekerja lelaki ternampak dua suspek yang menaiki Proton Iswara cuba meragut beg mangsa.
“Mangsa enggan menyerahkan beg tangganya, menyebabkan suspek bertindak agresif dengan mencederakan mangsa menggunakan pisau,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, pekerja lelaki yang berada di tempat kejadian turut mengalami kecederaan pada lengan kiri ketika bergelut dengan suspek untuk menyelamatkan mangsa.
“Suspek berjaya membawa lari wang milik mangsa namun jumlah kerugian yang dialami belum dapat dipastikan.
“Hasil semakan terhadap nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek didapati palsu apabila ia didaftarkan atas sebuah motosikal di Selangor,” katanya.
Chang Keong berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu rompakan sehingga menyebabkan cedera dan peragut terbabit kini sedang dijejak.
“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dapatkan rawatan kecemasan,” katanya.

0 Komentar untuk "Wanita parah diragut"